Monday, July 6, 2009

Pink

Mengapa aku pilih tema pink??? Mesti ada antara korang pelikkan??? Kalo tak pelik tu bagusla. Yela selalunya warna pink dikaitkan dengan perempuan. Jarang jumpa lelaki yang suka kaler pink ni. Kalau ada lelaki yang suka pun lelaki yang boleh dikatakan alar2 lembut gitu. Tapi yang penting aku bukannya golongan lelaki yang mcm tu. Sebenarnya time nak pilih theme utk blog aku tenampak kaler pink ni cam menarik plak. Nampak lembut aje. Tu sebab aku pilih. Mungkin disebabkan hati aku ni mudah lembut. Tapi yang penting aku bukannya lelaki lembut....eheheheh

Tuesday, June 30, 2009

Website Mencari Kerja

Bagi lepasan universiti dan sesiapa yang sedang mencari pekerjaan yang sesuai salah satu alternatif yang biasa digunakan pada masa kini ialah mencari di internet selain dari mencari di akhbar. Ini kerana mencari kerja di internet adalah lebih mudah. Antara website yang bole kita search untuk cari kerja kerajaan & swasta ialah:

www.spa.gov.my

www.johordt.gov.my/spaj

www.gov.my

www.jobsmalaysia.gov.my

www.elx.gov.my

www.jobstreet.com.my

www.jawatan.info


Senarai website dia atas mungkin kebanyakan orang sudah tahu. Untuk kerja swasta pula yang sentiasa menjadi kegemaran ramai sudah pastilah website Jobstreet. Ini kerana website tersebut memaparkan berbagai-bagai jenis pekerjaan dalam pelbagai sektor.. Website tersebut juga menjadi pilihan majikan untuk mengiklan kekosongan yang ada dalam syarikat masing-masing. Pendek kata dari sebesar-besar syarikat sehinggalah kepada sekecil-kecil syarikat ada dalam website itu Jadi kepada sesiapa yang belum pernah masuk website seperti di atas, sila-silalah jenguk ok.

Friday, June 19, 2009

Lagu Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal

Dalam lagu kumpulan Shades ni ada rangkap yang tertulis Ku-mencari....Tak silap aku lagu ni aku mula dengar time aku sekolah rendah rasanya.....Tapi aku-mencari dalam lagu ni lebih kepada mencari kesalahan masa tengah bercinta....So far lagu ni berkisar pasal putus cinta sebenarnya....Apa-apa pun kita layan aje lah.....

Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal
Ku mencari,
Ku mencari
Apakah salahku
Kau buat ku termenung seorangan
Dalam diri sangsi,
Akhirnya begini
Perpisahan tak kuduga
Ku mengerti,
Ku fahami
Keputusan diri
Biar saja aku sebegini
Permintaan terakhirku,
Jangan kau lafazkan
Simpan saja kata-kata( korus )
Jangan diucap elamat tinggal
Jangan kau ucap selamat tinggal
Jangan diucap selamt tinggal
Kepadaku...
Walaupun seketika...
Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata,
Ke akhir hayat yang ada
Walaupun seketika...
Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata,
Ke akhir hayat yang ada

Wednesday, June 17, 2009

Aku Mencari

Hari ini aku hendak tulis berkenaan ”Aku Mencari”. Kenapa aku memilih ”Aku Mencari” menjadi tajuk blog ini? Banyak sebab mengapa aku memilih tajuk ini. Mencari adalah kata dasar pada cari. Cari dalam bahasa Inggeris ianya disebut ”search”. Dalam bahasa Cina ditulis seperti ini 找寻 (aku pun tak tau nak sebut macam mana). Macam belajar bahasa plak. Cukupla tu kan. Dalam hidup ini boleh dikatakan kita sentiasa mencari.
-Jika kita kehilangan barang sudah tentu mencari barang tersebut.
-Bagi ketua keluarga, setiap pagi akan keluar mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan keluarga.
-Bagi yang ingin mendirikan rumah tangga sudah tentu akan akan mecari pasangan yang sesuai.
-Bagi mereka yang abis belajar akan mencari kerja kerja.
-Bagi yang sedang sakit tentu akan pergi mecari penawar.
-Jika kita ada masalah sudah tentu akan mencari penyelesaiannya.
-Jika kita sesat sudah tentu akan mencari jalan keluar.
Banyak contoh lagi pencarian dalam hidup ini. Ibarat kita mencari ilmu. Makin
kita mencari semakin kita belajar semakin banyak yang kita rasa tidak tahu. Teringat masa zaman belajar dulu. Bila dekat-dekat nak exam. Dah tu belajar plak last minute. Semakin belajar, terasa semakin banyak yang tidak tahu. Semakin rasa banyak yang tidak tahu, semakin rasa buntu dan kadang-kadang rasa macam kosong. Bila dah rasa buntu, kadang-kadang boleh jadi tertekan. Bila dah tertekan, rasa tidak boleh belajar. Bila rasa tidak boleh belajar, rasa macam hendak menjerit saja. Itulah kadang-kadang sampai ada yang kena histeria khususnya bagi student perempuan contohnya. Bagi mereka yang pernah tinggal di asrama mungkin pernah melalui situasi seperti ini. Itu adalah salah satu contoh bila kita mencari dalam masa yang terhad. Bila masa yang terhad tekanan pun akan timbul.

Jadi dalam hidup ini apa yang ingin kita lakukan mestila mempunyai perancangan. Walaupun apa yang kita rancangkan itu tidak seperti yang kita harapkan. Tapi apa yang penting kita dapat elakkan dari melakukan sesuatu tu dalam keadaan tergesa-gesa. Macam tiada kene mengena dengan tajuk plak....

Tuesday, June 16, 2009

My 1st Posting

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ini ada first posting aku. Keinginan untuk menulis dan mempunyai blog sendiri sudah lama timbul. Namun atas sebab tertentu keinginan itu belum dapat dilaksanakan lagi. Blog ini juga merupakan salah satu platform untuk aku meneruskan perhubungan dengan rakan-rakan semua walau di mana sahaja kita berada. Diharap blog ini dapat bertahan dengan lebih lama bersama-sama dengan semangat aku untuk terus menulis. Insya-Allah.